Home Artikel PAS Perak

Majlis Anugerah Kecemerlangan PASTI Nurul Haq disambut Meriah

80 views
SHARE

Oleh : Ez

KAMUNTING , 20 November – Seramai hampir 50 murid pasti telah diraikan sempena majlis anugerah kecemerlangan Pasti Nurul haq , Taman Mewah yang berlangsung di perkarangan pasti berkenaan di sini, pada 20 November yang lalu.

Majlis ini diadakan setiap tahun bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan persekolahan masing-masing serta pemberian anugerah bagi pelajar-pelajar yang cemerlang yang melibatkan pelajar PASTI yang berumur 4 tahun hingga 6 tahun.

Pengurus PASTI Nurul Haq , Haji Abdul Rahman Hatim berkata, menjadi tanggungjawab pendidik di pusat asuhan berkenaan untuk melahirkan murid yang unggul dalam semua aspek.

“Kita harapkan kemajuan Pasti semakin meningkat dari semasa ke semasa dalam membantu melahirkan generasi yang unggul dalam aspek sahsiah, ilmu dan amalan bertunjangkan Islam, iman dan ihsan,” katanya.

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YDP Pas Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman selain kehadiran ajk muslimat Pas kawasan Bukit Gantang ,Hjh Mashitah Nordin.

Majlis ini turut diselang seli dengan persembahan bacaan hadis daripada pelajar 5 tahun dan persembahn , pidato , bercerita ,azan , bacaan surah Al Mulk dan nasyid daripada pelajar 6 tahun pasti berkenaan.

Ternyata aksi serta telatah mereka yang comel di pentas telah berjaya mencuri perhatian serta menghiburkan para ibu bapa yang hadir.

Majlis ini di akhiri dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar pasti yang cemerlang serta penyampaian sijil kepada semua pelajar pasti.