Home Berita PAS Perlis

‘Mai-mai masuk dapat johan’

104
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 29 Jan: “Tak pernah duk mengail lama dah, mai-mai masuk dapat johan, Alhamdulillah.”

Demikian reaksi pemenang kategori ikan terberat Program Memancing DUN Guar Sanji Terbuka Parlimen Arau 2022 yang berlangsung hari ini.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Rogayah mengakui agak terkejut namun amat bersyukur dengan keputusan berkenaan memandangkan agak lama meninggalkan hobi berkenaan.

Lebih 170 orang peserta menyertai acara anjuran Pusat Khidmat Wakil (PKWR) DUN Guar Sanji yang diadakan di Tali Air Kampung Tebuk, di sini.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh ADUN Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim.

Hadir sama, Pengarah JPrD Guar Sanji, Ustaz Mohd Fuad Hashim, dan Pengerusi JPKK, Puan Tijah Omar.

Sementara itu, Mohd Ridzuan ketika ditemui, merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khasnya para peserta pertandingan yang turut sama menjayakan penganjuran acara berkenaan.

Beliau turut memuji kecekapan para petugas Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis (JAMNPs) mengawal lalulintas dan keselamatan dengan baik sepanjang pertandingan berlangsung.