Home Berita PAS Terengganu

Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Tangguh Hukuman Sebat Di Masjid

35
SHARE

1.Suatu Permohonan Semakan telah difailkan kepada Mahkamah Rayuan Syariah pada 3.12.2024. Oleh yang demikian, perintah pelaksanaan hukuman sebatan syariah di luar penjara tersebut adalah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan Syariah.

2.Permohonan Semakan adalah merupakan perkara biasa dalam sistem kehakiman. Justeru itu, orang ramai diminta menunggu perintah selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan Syariah.

3.Di kesempatan ini juga, saya ingin menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi, sebaliknya menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pihak Mahkamah Syariah.

4.Hukuman sebatan ini adalah merupakan satu hukuman sebatan syariah bagi kesalahan jenayah syariah takzir. Antara tujuan adalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah itu sendiri dan individu yang lain.

5.Pada 20 November 2024, Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan enam hukuman sebatan di luar penjara terhadap pesalah iaitu di sebuah masjid. Hukuman itu, diputuskan oleh Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, YA Tuan Haji Kamalruazmi bin Ismail.

6.Sabitan hukuman tersebut adalah berdasarkan kepada pengakuan salah oleh OKT itu sendiri terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 31 (a), Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir)(Terengganu) 2001.

YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI,
PENGERUSI JAWATANKUASA PENERANGAN, DAKWAH DAN PEMERKASAAN SYARIAH NEGERI TERENGGANU

4 DISEMBER 2024