KUALA TERENGGANU – ‘Madinah Ramadan’ yang akan diadakan di Dataran Jambatan Angkat pada Ramadan kali ini akan turut menampilkan tiga program khas untuk kaum wanita.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, bertemakan ‘Untuk Wanita Terindah’ tiga program khas yang akan diadakan itu dimulakan dengan ‘Healing With Qur’an’ pada 5 April (14) Ramadan.
Selain itu, Himpunan Wanita Muda Terengganu akan diadakan pada 8 April (17 Ramadan) dan ‘Baiti Jannati’ pada 16 April (25 Ramadan).
“Madinah Ramadan Terengganu kali ini menampilkan tiga program khas untukmu wanita Terengganu.
“Mari bersama luangkan masa bersama keluarga tercinta di tapak Madinah Ramadan (mengikuti) pengisian jiwa yang menarik serta jangan lepaskan peluang beramah mesra bersama artis-artis jemputan,”ujarnya menghebahkan program tersebut, di facebooknya, di sini, hari ini.
Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu itu akan bermula pada 30 Mac (8 Ramadan) ituakan turut menyediakan jamuan berbuka puasa dan moreh secara percuma.
Justeru semua rakyat di negeri ini dejmput hadir lebih awal bagi memeriahkan Madinah Ramadan Terengganu pada kali ini.