Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak
Oleh : Umar Al-Hayawi
GOMBAK, 18 Ogos – Lajnah kebajikan PAS Gombak menerusi NGO MaarufCARE dengan sokongan padu serta sumbangan para penyumbang, meneruskan gerak kerja kebajikan di sekitar Kampung Changkat, Kampung Sungai ChinChin, Kampung Gombak Utara, Taman Desa Minang dan Taman Greenwood.
Menurut MaarufCare, golongan sasaran yang diziarahi terdiri daripada kalangan pesakit COVID-19, mereka yang terjejas pendapatan dan juga golongan ibu tunggal. Santunan MaarufCARE tersebut, disertakan dengan sedikit sumbangan keperluan asas berbentuk barangan dapur serta wang tunai kepada mereka.
Jutaan kalam penghargaan diucapkan kepada para penyumbang yang menjadi nadi utama kerja-kerja kebajikan tersebut dapat dilaksanakan, secara berterusan. Ucapan tahniah diucapkan buat para sukarelawan MaarufCare termasuk sdr Azizul, Kak Mas, dan Mak Jah yang sentiasa turun kelapangan tanpa mengira masa.
Semoga segala bantuan yang telah diberi dapat memberi manfaat buat para penerima dan juga semoga ia dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan atau tanggungan yang dipikul mereka dalam meneruskan kehidupan di musim pandemik COVID-19 yang masih belum berpenghujung ini.
Bagi yang ingin menyumbang boleh salurkan ke :-
Akaun : MaaruCARE
No. akaun : 1222 5010 0134 88
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor