Home Rencana PAS Wilayah

Maal Hijrah Seruan Memperkukuh Perpaduan

252
SHARE

Sambutan Maal Hijrah yang disambut pada setiap 1 Muharram, bukan hanya menandakan permulaan tahun baru Hijrah bahkan merayakan kejayaan Rasulullah SAW dalam membina sebuah negara majmuk Madinah yang masyarakatnya teguh dengan nilai-nilai Islam dan bersatu-padu berlandaskan keimanan kepada Allah Yang Esa.

Menurut hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa r.a., Rasulullah SAW bersabda: โ€œOrang Mukmin dengan orang Mukmin itu adalah seperti sebuah bangunan, menguatkan antara sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, kemudian baginda menyelang kuat di antara jari-jari Baginda.โ€ (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Sesuai dengan tema Maal Hijrah tahun ini iaitu Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti, marilah kita umat Islam khususnya menguatkan kembali perpaduan sesama kita dan seterusnya seluruh masyarakat Malaysia amnya sebagaimana seruan Rasulullah SAW di Madinah dahulu.

Salam Maal Hijrah 1443 H.

#Islam MemimpinPerpaduan
#MalaysiaSejahtera

PAS KAWASAN BATU
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BATU
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU