Home Artikel PAS Pulau Pinang

MAAHAD TAHFIZ AQSA DIIKTIRAF PUSAT TAHFIZ TERBAIK PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

118 views
SHARE

Oleh : Farhani Fuad

KEPALA BATAS, 27 Oktober : Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran As-Syamil (AQSA) yang terletak di Alma, Bukit Mertajam telah dianugerahkan sebagai Pusat Tahfiz terbaik peringkat negeri Pulau Pinang bagi tahun ini.

Anugerah tersebut diumumkan di dalam Majlis Takrim Hamalatil Quran 2018 anjuran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Masjid Jamik Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Sabtu lalu.

Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Datuk Seri Utama Dr. Haji Abdul Bin Haji Rahman Abbas, Yang Di-pertua Negeri Pulau Pinang telah menyempurnakan majlis tersebut.

Mudir Maahad Tahfiz AQSA, Muhammad Amin Bin Kassim melahirkan rasa syukur dan gembira atas pencapaian dan penganugerahan itu.

” Terima kasih saya ucapkan buat para guru yang bertungkus-lumus, juga para pelajar yang banyak membantu.

“Harapan saya agar warga maahad dapat kekalkan prestasi bahkan bertambah kualiti di masa hadapan”, ujar beliau.

Selain itu, pengerusi Lembaga Tadbir Maahad Tahfiz AQSA, YB Mohd Yusni Mat Piah menyifatkan penganugerahan ini adalah satu kepercayaan dan pengiktirafan daripada pihak kerajaan negeri kepada Maahad Tahfiz AQSA.

” Anugerah ini menjadi satu cabaran kepada semua terutama pihak pengurusan, mudir dan staf untuk memberi komitmen yang lebih tinggi.

“Ini bagi memastikan prestasi maahad lebih cemerlang terutamanya dari sudut kualiti hafazan para pelajar”, ujarnya.

Beliau turut berbangga dan mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Maahad Tahfiz AQSA.