Home Berita PAS Kedah

Lumpuh separuh badan akibat kemalangan

124
SHARE

KUALA KEDAH – Seorang penduduk di Mergong cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan, baru-baru ini.

Akibat kejadian itu, mangsa, Mohd Ridzuan Kasim kini terlantar sakit di atas katil selepas disahkan lumpuh separuh badan.

Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa, Pusat Khidmat Penyelaras DUN Anak Bukit Bersama JPKK Mergong hadir menziarahi mangsa di rumahnya, dekat Mergong, semalam.

Penyelaras DUN Anak Bukit, Tuan Rashidi Sheedy, turut berpeluang menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa berkenaan.

Diharapkan bantuan kebajikan ini mampu memberikan manfaat buat mereka semua.

Semoga mereka sekeluarga tabah atas ujian yang menimpa.