KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS menggesa Kementerian Ekonomi agar segera meluluskan peruntukan sebanyak RM36 juta bagi menyiapkan projek pembinaan Jalan Aring yang menghubungkan negeri Terengganu dan Kelantan.
Penolong Setiausaha III, YB Haji Hanafiah Mat berkata, jalan ini amat penting kepada rakyat kedua-dua negeri, bukan sahaja sebagai laluan utama, malah sebagai nadi penggerak ekonomi setempat.
“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu telah hantar permohonan kepada JKR Pusat dan mereka mohon kepada Kementerian Ekonomi.
“Jadi saya harapkan bahawa Kementerian Ekonomi dapat mempercapatkan kelulusan kerana kedua-dua rakyat Kelantan dan Terengganu mengharapkan jalan itu dibuat dengan segera,” jelasnya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri berkata demikian
ketika ditemui pihak media selepas Sidang DUN Mesyuarat Pengal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelima Belas, di Wi sma Darul Iman, di sini, pada Selasa.
Menurut, runtuhan ini berlaku dua tahun lalu.
“Ini merupakan tahun kedua dan kesannya dari segi ekonomi banyak terjejas kedua-dua buah negeri.
“Walau ada jalan sementara tetapi jalan tak boleh nak buat untuk kerja-kerja perindustrian balak ataupun sawit,” ujar Hanafiah.
Justeru itu, beliau berharap Kementerian Ekonomi mempercepatkan kelulusan bagi kerja bagi membaik pulih laluan jalan yang menghubungkan Felda Aring, Gua Musang dan Tasik Kenyir.