Ketua Penerangan PAS Kawasan Marang, Mohamad Aswadi Mohamad mempersoalkan, mengapa Umno/BN yang masih menjadi kerajaan Pusat kini tidak mahu membina LPT3 sedangkan kajian telah selesai pada Ogos 2022?
“Umno/BN masih kerajaan, menggapa tak siapkan projek yang mereka cadangkan? peruntukan untuk kerja-kerja awalan bernilai RM35 juta telah diluluskan pada tahun 2020. Ke mana duit itu?,” soal beliau, dalam satu hantaran di media sosialnya.
Beliau meminta Umno negeri Terengganu khususnya, memikir secara mendalam kerana katanya, projek mega tersebut adalah untuk kemudahan dan kesejahteraan hampir 2.4 juta rakyat Terengganu dan Kelantan.
“LPT3 untuk rakyat, bukan untuk Dr. Sam (Menteri Besar Terengganu) bukan untuk PAS, mengapa rakyat jadi mangsa ugutan pula?
“Umno Terengganu pernah berjanji dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) lalu, sekarang nak ugut rakyat , nak rasuah rakyat pula dengan janji nak buat?,” soalnya lagi.
Beliau turut memberi ngatan kepada para pemimpin Umno Terengganu agar bersiap lebih terbuka dan mengamalkan politik matang dalam membincangkan apa-apa isu berkait rakyat.
“Bila mung undi aku, baru aku buat projek, inilah pemikiran lama Umno Terengganu yang mungkin menjadi sebab mengapa dapat ‘0’ kerusi PRU lalu,
“rakyat semua dah tahu dan faham, bajet negara bukan dari pitih Umno tapi daripada wang hasil cukai yang dikenakan kepada semua rakyat,” jelas beliau.
Justeru katanya, amat tidak cerdik sekiranya Umno Terengganu menyalahkan rakyat kerana pembinaan LPT3 tidak dilaksanakan, sedangkan Timbalan Menteri Kerja Raya adalah dalam kalangan orang Umno sendiri.
“Pada Februari 2025, jelas, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Ketua Bahagian UMNO Pontian,
“menyatakan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan masih belum membuat keputusan akhir mengenai projek ini.” kata Aswadi lagi





