Home Berita PAS Selangor

LPN Subang: membina persahabatan sempena ‘Festival Mooncake’ – PAS Kawasan Subang

131
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Subang

Oleh : Fadh Ibrahim

SUBANG, 28 September – Festival Mooncake adalah salah satu festival terbesar di Malaysia untuk orang Cina. Perayaan ini disambut pada akhir bulan September atau awal Oktober dan oleh itu disebut juga Perayaan Pertengahan Musim Luruh.

Festival Mooncake 2021 dinanti-nantikan oleh rakyat Cina Malaysia untuk meraikannya bersama keluarga. Tahun ini, festival pertengahan musim luruh disambut pada hari Selasa, 21 September. Rakyat Cina Malaysia akan dilihat menyalakan tanglung sebagai simbolik kegembiraan mereka, membeli kuih bulan, mengunjungi kuil dan pusat membeli-belah, dan menghadiri acara perayaan.

Sebagai sebuah Parti yang menganggotai Kerajaan harini, PAS Subang melalui Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) telah membuat kunjung ziarah ke beberapa buah Rumah Kebajikan dibawah kelolaan NGO serta rumah ibadat Buddhist sekitar Parlimen Subang dan ini merupakan program tahunan dibawah LPN PAS Subang.

LPN PAS Subang telah diketuai oleh Pengerusi Lajnah sendiri iaitu Puan Hjh Siti Aisyah Bt Mohd Ali serta Ahli Jawatankuasa beliau. Antara rumah kebajikan yang sempat dikunjungi adalah Amazing Grace Care Center di SS19, Pertubuhan Kebajikan USJ Subang Jaya di USJ 1, Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Yi Xing di USJ 2, Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Kurang Upaya Subang Jaya di USJ 2, Rumah Kebajikan di USJ 6, Vida Senior Care Center di Taman Wawasan serta Ti-Ratana Lumbini Garden di Bandar Puteri Puchong.

Rombongan LPN PAS Subang telah disambut dengan mesra di setiap lokasi, membuktikan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan berbilang bangsa tidak perlu ada sempadan persahabatan serta mesti sentiasa saling hormat menghomati. Sebagai Parti Islam, PAS tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum Non Muslim yang berada dalam negara kita, kerana inilah ajaran yang ditinggalkan oleh Baginda Nabi saw iaitu Islam mesti sentiasa berbuat baik kepada semua lapisan masyarakat termasuk Non Muslim. Terima kasih atas sokongan semua pihak kepada LPN PAS Subang. Sekian.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor