Home Berita PAS Selangor

LPN & DHPP: jambatan antara PAS dengan komuniti bukan Melayu – PAS Kawasan Klang

93
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG, 6 September – Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) dan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) merupakan dua entiti yang menjadi penghubung antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan komuniti bukan Melayu.

Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Kawasan Klang Amirul Mukminin Bin Haji Ayub yang bekerjasama dengan Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Klang Dato’ Deepakaran untuk mengagihkan barangan bantuan keperluan harian kepada mereka yang bukan Melayu di sekitar DUN Bandar Baru Klang (N45) dan DUN Pelabuhan Klang (N46).

Sebanyak 10 kit bantuan diagih-agihkan kepada ‘non-Malay’ yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 pada 3 dan 4 September 2021.

Turut hadir semasa sesi pengagihan barangan ini ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Klang Ustaz Solihuddin Mohamad Jahar dan Pengerusi LPN PAS Kawasan Klang saudara Zulkarnain Khalid.

Menurut Ustaz Solihuddin, “kita dalam PAS akan cuba memberi bantuan kepada semua yang menghadapi masalah tanpa mengira bangsa, kalau susah pasti kita tolong. InshaAllah”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor