Oleh : Hishamudin Ahmadun
11 Oktober 2019
LAHAD DATU : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Silam telah turun ke kawasan kebakaran di Kampung Teck Guan, Batu 1, di sini semalam.
Dalam kejadian itu, dilaporkan sederet rumah kongsi 10 pintu, 2 rumah sewa 15 bilik dan 2 rumah peribadi telah terlibat dalam kebakaran manakala 2 lagi rumah peribadi rosak sebahagian sahaja.
Hadir dalam membantu kejadian kebakaran semalam, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Silam, Nizam Latuah.
Beliau mengatakan bahawa PAS Kawasan Silam akan memberi komitmen sepenuhnya dalam membantu mangsa-mangsa yang terlibat dari semasa ke semasa.
“PAS Kawasan Silam bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menjadi sukarelawan dalam membantu mangsa-mangsa tersebut.” Tambahnya lagi.
PAS Kawasan Silam berharap agar masyarakat setempat dapat sama-sama membantu dalam misi sukarelawan mangsa kebakaran Kampung Teck Guan ini.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Rakyat 1108-9201-4454 (PAS Kawasan Silam) atau boleh hubungi Nizam Latuah di talian 016-509 4353.