Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang
Oleh : Umar Al-Hayawi
AMPANG, 6 Oktober – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Ampang meneruskan program ziarah kebajikan mereka, menyerahkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di Kampung Indah Permai, Taman Sri Ampang dan Taman Dagang.
Sumbangan yang telah diserahkan adalah mengikut keperluan para penerima. Antara bentuk sumbangan yang telah diserahkan termasuk sumbangan bakul makanan yang terkandung didalamnya barangan asas dapur dan sepeket beras serta sumbangan kerusi roda.
Semoga segala bentuk bantuan yang telah dihulurkan ini dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang membebani hidup mereka dalam mengharungi masa sukar pandemik COVID-19 ini.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor