Home Berita PAS Perak

LIQA Fiqri Muslimat Perak bina kesatuan fikrah

46
SHARE

20 Januari 2024

SERI ISKANDAR: Liqa’ Fiqri Dewan Muslimat PAS Negeri Perak telah berlangsung pagi semalam bertempat di Bangunan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak DMPN di sini.

Program anjuran Lajnah Tarbiah dan Perkaderan DMPN ini dihadiri seramai 120 peserta di mana 85 peserta hadir secara fizikal dan selebihnya secara atas talian.

Penyelaras program, Hafsah Esa berkata dalam ucapan pembukaannya bahawa objektif liqa fiqri diadakan adalah untuk membina kesatuan fikrah muslimat PAS Perak.

Disamping itu, program ini juga menjadi wadah pertemuan yang dapat mengeratkan ukhwah sesama muslimat dari pelbagai kawasan.

Pengisian pertama telah diisi dengan kupasan buku Golongan Yang Gugur dari Jalan Dakwah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ibrahim Zakaria, Ketua Dewan Ulama PAS Perak.

Beliau menekankan pentingnya mengekalkan komitmen terhadap gerak kerja jemaah bagi memastikan keberadaan anggota parti dalam jemaah ini.

“Anggota parti yang sentiasa konsisten menyertai program tarbiah sahajalah yang akan terselamat dari tergugur dari medan perjuangan Islam,” jelasnya.

Manakala segmen kedua program diisi oleh Pengerusi Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan DMPN, Ustazah Aliyah Abdul Aziz dengan tajuk kuliahnya Gerbang Rejab Menuju Ramadan.

Dalam ucapannya, beliau memberi pengarahan kepada seluruh muslimat yang hadir agar menganjurkan program ceramah atau kuliah kepada masyarakat setempat bagi mengimarahkan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan.

“Program sebegini amat penting untuk memperingatkan wanita Islam setempat keutamaan bulan-bulan yang mulia ini seterusnya mengisinya dengan amalan soleh dalam usaha mepertingkatkan ketaqwaan kepada Allah.

“Melalui program sebegini, secara tidak langsung menjadi jambatan membina hubungan baik antara muslimat PAS dengan wanita Islam setempat ,” ujarnya lagi.

Antara pimpinan muslimat negeri yang turut hadir ialah Ketua Penerangan DMPN Hamisah Abas, Penolong Setiausaha DMPN Noor Saadah Abas dan Pengerusi Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar LATAS Salmah Latif