Home Berita PAS Perak

Lim Kit Siang biadap, Pemuda PAS Perak lapor polis

27
SHARE
LIM KIT SIANG BIADAP, PEMUDA PAS PERAK LAPOR POLIS
Dewan Pemuda PAS Perak diwakili oleh Timbalan Ketua Pemuda, AF Ust Hafez Sabri telah membuat laporan polis terhadap tuduhan dan kenyataan liar Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.
Semalam beliau telah memuat naik tulisan berbunyi “If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to Hong Kong, New Zealand, South Korea, China, Japan, Russia, Thailand, Singapore, Vietnam and Taiwan none of which can claim to be “Allah’s government”.
Kenyataan beliau adalah respon balas kepada sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang mengandungi frasa seperti berikut, ‘Hanya kerajaan Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Sempurna boleh menghapuskan wabak ini pada bila-bila masa.’
Frasa ini adalah aqidah dan kepercayaan seorang muslim yang wajib dipegang. Namun ia telah dimanipulasi dan diselewengkan pengertiannya dengan niat yang jahat oleh beliau.
Kami percaya tulisan Lim Kit Siang ini adalah satu penghinaan ke atas Islam yang merupakan agama Persekutuan serta merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 4 Akta Hasutan 1948 kerana ia mengembangkan permusuhan dan kebencian antara golongan penduduk yang berlainan di Malaysia serta merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Kami Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mohon agar dibuka kertas siasatan terhadap beliau!
Ahmad Faisal Bin Mohd Puait
Ketua,
Dewan Pemuda Pas Perak