Home Berita PAS Terengganu

Liar Permotoran Terengganu ‘Laju’, ‘Makan’ Tayar

13
SHARE

KUALA NERUS – Litar Permotoran Terengganu memiliki keunikan tersendiri yang menarik kehadiran pasukan dan pelumba beraksi di sini.

Pengarah Promosi Kejuaraan Petronas MAM Cub Prix Malaysia, Ron Hogg berkata, litar berkenaan merupakan antara paling laju dalam negara.

“Litar ini sangat laju, berdasarkan ‘average speed’ (kelajuan biasa) dalam satu pusingan, mengambil masa dalam 48-49 saat yang bermakna dalam satu pusingan itu, purata kelajuan adalah 90km/j ke atas.

“Dalam keadaan itu, ia menjadikan selain dari Litar Sepang, Litar Permotoran Terengganu merupakan litar yang sangat laju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah perlumbaan CP150 yang disempurnakan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Nor Hamzah di sini, semalam.

Tambahnya, ia mempunyai cabaran tersendiri ditambah dengan cuaca sangat panas di Kuala Terengganu.

“Jarang pelumba merungut tentang cuaca, tetapi di Terengganu cuaca panasnya mengganggu kadar kegunaan tayar mereka.

“Itu cabaran utama bila berlumba di sini,” ujarnya.

Menurut Ron, kesukaran itu memberi satu pengalaman kepada pasukan dan pelumba.

“Bagi kami, ia satu litar yang sangat teknikal untuk ‘set up’ pasukan dan pelumba.

“Kami suka litar tetap sebegini, seboleh-bolehnya di setiap negeri ada pitar seperti ini ia akan menyokong sukan permotoran negara.

“Cub Prix cuma boleh datang setahun sekali, tetapi tempat ini boleh digunakan untuk kejohanan peringkat negeri atau tertutup dan ia akan melahirkan bakat-bakat baru kerana bakat-bakat baru ini boleh datang dari mana sahaja,” ujarnya.