Home Berita PAS Terengganu

Lelaki bakar Bendera Parti Politik ditahan polis

78
SHARE

KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang lelaki membakar bendera parti politik yang tular di media sosial baru-baru ini telah disiasat dan akan ditahan oleh pihak polis dengan segera.

Ketua Urusetia Pilihan Raya Umum -15 (PRU15) Polis Kontinjen Terengganu, Superintendan Mohd Aluwi Husain berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu telah melakukan siasatan mengenai kejadian tersebut dan telah mengenalpasti individu berkenaan.

“Terdapat dua kejadian yang melibatkan lelaki membakar bendera Parti Islam Semalaysia (PAS) dan seorang lagi membakar bendera Malaysia.

“Melalui hasil daripada siasatan mendapati bahawa kedua-dua kejadian tersebut dilakukan oleh individu yang sama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan media semalam.

Mohd Aluwi berkata, maklumat awal juga telah diperolehi dan mendapati bahawa lelaki berkenaan merupakan seorang pesakit mental.

“Kedua-dua kejadian tersebut telah tular melalui pemilik akaun Tiktok ‘Mohammad farhan 2953’ ,” katanya.