Home Berita PAS Terengganu

LEGASI perkukuh hubungan antara masyarakat

40
SHARE

HULU TERENGGANU- Program Lepak Santai Cergas (LEGASI) merupakan inisiatif serta usaha mengeratkan hubungan antara rakyat dengan kerajaan negeri serta menjadi medium merapatkan hubungan antara masyarakat terutamanya golongan belia dan beliawanis.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program yang diadakan di Taman Rekreasi Kuala Berang itu merupakan kali ketiga dianjurkan oleh Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT).

Ujarnya, sebelum ini program berkenaan telah diadakan di Bukit Maras, serta di Lata Changkah.

“Kita berhasrat mengadakan program ini di semua daerah dalam Terengganu, tujuan utamanya adalah untuk merapatkan hubungan diantara masyarakat khusnya golongan anak muda melalui agensi UBSNT melalui program-program yang diadakan secara santai, beriadah serta adanya pengisian yang bermanfaat.

“Hari ini kita telah mengundang pendakwah selebriti, Ustazah Asma Harun dan juga menampilkan  ‘influencer’ terkenal, Sukri Sulaiman bersama ‘Medang’, alhamdulillah mereka telah berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan mereka bagaimana mendekati masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman, di program berkenaan, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Wan Sukairi berkata pihaknya berhasrat untuk meneruskan program berkenaan setelah melihat sambutan yang cukup baik daripada anggota masyarat setiap kali ia diadakan.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS sangat menitikberatkan kebajikan membabitkan seluruh masyarakat.

“Dalam tempoh hendak masuk lima tahun, dapat dilihat perkembangan yang dilakukan oleh kerajaan dari hari ke hari, di mana pelbagai program terutamnya membabitkan kebajikan, majlis ilmu, pembangunan modal insan dan sebagainya sangat subur di negeri ini.

“Kerana itu kerajaan yang ada pada hari ini perlu dikekalkan, bukan sahaja program yang bermanfaat untuk rakyat terus diadakan, tetapi akan dapat dilakukan penambahbaikan,” ujarnya lagi.