Home Berita PAS Terengganu

Lebih 80,000 hadir rumah terbuka PAS Terengganu

1500
SHARE

KUALA TERENGGANU – Lebih 80,000 pengunjung telah hadir memeriahkan Rumah Terbuka PAS Terengganu sekali gus melebihi sasaran dimana pada awalnya dijangka dihadiri 50,000 orang.

Lebih bermakna majlis yang diadakan dihadiri oleh pelbagai bangsa dan agama itu telah diserikan dengan kehadiran Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Ustaz Azhar.

Antara pimpinan yang terawal hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato’ Husain Awang, Timbalannya, Dato’ Satiful Bahri Mamat dan Bendahari PAS negeri, Mohd Nor Hamzah.

pelbagai juadah disediakan seperti termasuk kambing bakar, nasi minyak, nasi dagang, laksam, laksa, kuih muih dan pelbagai lagi disediakan yang telah mengamit kehadiran orang ramai sejak awal pagi.

Rumah Terbuka PAS Negeri Terengganu itu telah diadakan di Dataran Shahbandar dengan tidak kurang daripada 200 Petugas yang hadir bagi mengendalikan majlis sambutan tersebut.