Home Artikel PAS Selangor

Lebih 700 penyokong PAS berkumpul di Masjid Hasanah

1,262 views
SHARE

BANGI, 28 April 2018 – Proses penamaan calon bagi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) memperlihatkan lebih 700 orang penyokong PAS berkumpul di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi pagi ini.

Mereka telah berkumpul seawal jam 7.00 pagi bagi menyertai perarakan beramai-ramai sebagai tanda menyatakan sokongan terhadap 4 orang calon PAS yang akan bertanding dalam PRU-14 kali ini.

Perarakan sejauh 500 meter ini bermula dengan bacaan doa kemenangan Islam oleh Ketua Cawangan Teras Jernang, Ustaz Solah diikuti laungan takbir semangat penyokong yang hadir.

Semasa perarakan berlangsung, para penyokong pelbagai peringkat umur dari bayi, para pemuda dan golongan veteran telah berzikir tanpa putus mengharapkan pertolongan Allah bagi kemenangan dalam PRU-14. Kedengaran juga bunyi hon bersahutan dari pengguna jalan raya tanda sokongan mereka terhadap PAS.

Dalam PRU kali ini, PAS telah mengetengahkan seorang calon Parlimen Bangi 102 Ustaz Shafie Ngah dan 3 calon DUN iaitu Puan Zaiton Ahmad bagi N25 DUN Kajang, Ustaz Nushi Dato’ Mahfodz bagi N26 DUN Bangi dan Mohamad Ibrahim Ghazali bagi N27 DUN Balakong