DUNGUN – Lebih 5,000 orang mengiringi calon PAS, P039 Dungun bermula di Markaz Besar Pilihan Raya di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin ke pusat penamaan calon di Jabatan Kerja Raya(JKR) di sini pagi ini.
Masyarakat Dungun terus memberi sokongan padu kepada calon PAS Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang merupakan mantan Ahli Parlimen Dungun.
Mereka yang berkumpul seawal 7.00 pagi seolah-olah tidak menghiraukan hujan yang turun dan terus menunggu sehingga perarakan bermula.
Ini petanda positif kerusi Parlimen Dungun akan kekal bersama parti Islam itu dengan menambah majoriti yang diperolehi pada PRU14
Turut sama di dalam perarakan di dalam suasana hujan gerimis itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat dan ahli jawatankuasa PAS Kawasan Dungun. Bersatu dan Gerakan.