Home Artikel PAS Sabah

Lebih 30 Kanak-kanak Sertai Khatan Nusantara

56 views
SHARE

Oleh: Khairool Saufi Abdullah
10 Disember 2018

SEMPORNA: Lebih tiga puluh kanak-kanak menyertai program Khatan Nusantara anjuran Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah Kawasan Semporna di sini semalam sempena cuti persekolahan.

Ketua rombongan PAPISMA, Dr. Rosli berkata program berkhatan beramai-ramai merupakan sebahagian program tahunan bersama PAPISMA bermula sejak tahun lepas lagi.

“Berikutan sambutan yang menggalakkan itu, kini menjadi acara tahunan sempena cuti sekolah,” katanya ketika ditemubual.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Kawasan Semporna, Umar Khalid dan Pegawai Tadbir Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah, Aizal Samsaruddin.

Tambah Dr Rosli, program sebegini sangat baik untuk diteruskan lebih-lebih lagi melibatkan kawasan-kawasan pedalaman di Negeri Sabah. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu ibubapa meringankan beban mereka menampung kos berkhatan yang mahal bagi mereka.

Pada majlis yang sama, Ketua Pemuda PAS Kawasan Semporna, Umar Khalid memberikan penghargaan kepada pihak PAPISMA kerana sudi bekerjasama menjayakan program ini.

“Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada pihak PAPISMA atas kerjasama yang diberikan sehingga mampu melaksanakan program sebegini walaupun dengan pelbagai halangan dan cabaran yang dihadapi,” Katanya.