Home Artikel PAS Selangor

Lazimi Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

189
SHARE

Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lazimkan diri kita untuk sentiasa membaca dan mentadabbur Surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat.

Surah al-Kahfi memaparkan empat kisah yang sangat banyak pengajaran yang boleh diambil daripadanya.

Empat kisah tersebut ialah kisah tujuh orang pemuda yang berlindung di dalam gua daripada pemerintah yang zalim, kisah Nabi Musa AS berguru dengan Nabi Khidir AS, kisah si pemilik dua buah kebun, dan kisah Zulkarnain yang dikurniakan sebuah kerajaan yang teguh.

Marilah kita mengambil pengajaran sebaik mungkin daripada kisah-kisah ini sebagai sumber kekuatan iman kita untuk mengharungi hidup pada akhir zaman yang penuh pancaroba ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor