Home Berita PAS Sabah

Lawatan Tapak Bilik Jenazah, Kelas KAFA dan KIOSK Gerai bersama DBKK, AJK Surau dan KRT Taman Sepanggar.

13
SHARE

Oleh: Fadilah Nordin
17 Mac 2025

SEPANGGAR : ADUN lantikan Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan mengadakan lawatan tapak ke Bilik Jenazah, kelas KAFA dan KIOSK Gerai bersama pegawai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), ahli jawatan kuasa surat dan KRT Taman Sepanggar, di sini baru-baru ini.

Lawatan tersebut bagi melihat perkembangan bilik jenazah hasil sumbangan beliau dan orang ramai.

“Kami mencadangkan kepada pemilik-pemilik gerai untuk menubuhkan Persatuan Penjaja agar mudah memohon bantuan dana daripada kerajaan negeri.

“Semoga dengan adanya KIOSK ini nanti, dapat memberi keselesaan kepada para peniaga dalam menjalankan perniagaan mereka,” ujarnya yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Sabah.

Dr Aliakbar juga turut mengharapkan proses permohonan pembinaan kelas KAFA berjalan lancar agar anak-anak taman dapat menuntut ilmu dengan selesa.

“Terima kasih DBKK, semoga ada rezeki bagi penduduk menikmati fasiliti yang lebih nyaman dan selesa,” ujar beliau.

Turut hadir bersama Pegawai Khasnya, Hasruddin Syamsuddin.