Home Berita PAS Sabah

Lawatan sambil belajar erat hubungan komuniti PASTI

158
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
17 Februari 2023

LAHAD DATU: PASTI Kawasan Lahad Datu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kolej Vokasional, dekat sini Rabu lalu.

Program bersifat tahunan itu telah disertai 148 orang pelajar 6 tahun daripada 4 buah PASTI. Turut hadir Ahli Majlis Lahad Datu, Nizam Latuah.

Mudir PASTI Al Hidayah, Mohd Ahzam Che Mat menzahirkan penghargaan atas kesudiaan pihak kolej menerima lawatan daripada PASTI itu.

“Sekarang ini Kolej Vokasional Lahad Datu mengamalkan konsep buka pintu kepada orang luar untuk datang ke kolej ini.

“Lawatan ini juga dapat memperkenalkan kepada pelajar daripada peringkat awal lagi berkaitan dengan kemahiran vokasional,” katanya ketika dihubungi wartawan rakyat.

Tambahnya, lawatan ini juga berjaya menimbulkan sifat ingin tahu murid PASTI mengenai aktiviti yang dilakukan di kolej tersebut.

“Terserlah kegembiraan mereka kerana dapat menangkap ayam, ikan dan memberi makan lembu serta tengok hasil tanaman yang diusahakan oleh pelajar kolej,” ujarnya.