Home Berita PAS Selangor

Lawatan prihatin ke rumah-rumah ibu tunggal – PAS Kawasan Hulu Selangor

60
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor

Oleh : Muhammad Alauddin

BUKIT BERUNTUNG, 16 Oktober – YDP PAS Hulu Selangor bersama Lajnah kebajikan PAS Hulu Selangor telah melawati 5 buah rumah ibu tunggal yang kurang upaya di sekitar kawasan bukit beruntung untuk melihat keadaan mereka di sana dan menyalurkan bantuan prihatin kepada mereka.

Antara tempat yang telah diziarahi adalah Pangsapuri Anggerik,Pangsapuri Mawar Taman Bunga Raya,Pangsapuri Bukit Sentosa 2 dan Pangsapuri Sri Kemboja. Alhamdulillah semua petugas sentiasa bersama YDP sepanjang perjalanan pada hari ini.

Alhamdulillah, para ibu tunggal telah menyambut kehadiran YDP dan Muslimat dengan baik dan berasa senang hati. Dalam masa yang sama, kami juga melihat keadaan mereka sekarang dan bertanyakan khabar.

Seterusnya mereka telah menerima sumbangan ikhlas daripada PAS Hulu Selangor dan mereka juga berasa gembira atas kedatangan YDP dan Muslimat. Semoga Allah SWT memberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

PAS Hulu Selangor merakamkan tahniah dan terima kasih kepada para penyumbang dan barisan petugas Muslimat atas kesudian melawati rumah ibu tunggal dan menyampaikan sumbangan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor