Home Berita PAS Johor

Lawatan Kerja PAS Muar Ke Kelantan

1122
SHARE

LAWATAN KERJA PAS MUAR KE KELANTAN

MUAR – PAS Kawasan Muar telah mengadakan lawatan kerja ke negeri Kelantan pada 31 Januari – 2 Februari 2019. Misi lawatan adalah untuk menimba ilmu pengurusan pentadbiran kerajaan Kelantan Darul Naim sejak diambilalih oleh PAS pada tahun 1990.

Rombongan diketuai oleh Ketua DPP Muar, Ust Mohd Ridzuan Nazri sebagai ketua rombongan . Turut serta ialah YDP Pas Kawasan Muar, Hj Abd Aziz Talib, TYDP Haji Cheman Yusoh, Ketua DMPK Muar, Norhayati Sulaiman dan beberapa AJK Pas Kawasan, guru-guru Pasti dan wakil cawangan setiap Dun.

Lawatan kerja pada hari pertama ke Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) Dun Melor. Puan Norhanan Md Noor, Ketua Halwa Dun Melor merangkap pengerusi Mini Darul Niswah memberi taklimat aktiviti yang dijalankan. Antaranya ialah mengadakan kursus jahitan dan masakan kepada golongan wanita untuk membantu menambah pendapatan. Ada juga projek penanaman sayuran iaitu Projek Dapur Hijau. Turut sama hadir meraikan kedatangan ialah Adun Melor, YB Dr Haji Yusnan Yusof yang juga merupakan timbalan exco kerajaan negeri.

Rombongan juga sempat hadir mengikuti kuliah dhuha di Medan Ilmu.

Lawatan diteruskan pada hari kedua ke kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Haji Ahmad bin Yakob. Sesi taklimat perkembangan negeri Kelantan di bawah era pemerintahan kerajaan PAS telah disampaikan oleh Adun Chempaka YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmod.

Banyak info-info yang diperolehi untuk diaplikasi oleh pihak Pas Kawasan Muar.