Oleh : Nur Marlyannah Umar
10 Januari 2024, Jumaat
LAHAD DATU : Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Tahfiz Lahad Datu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 4 dengan jumlah 124 orang murid dan 15 orang guru menyertai lawatan ini, kelmarin.
Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah memberi peluang kepada murid mengenali lebih dekat bidang kerjaya sebagai anggota polis marin, membuka minda dan menambah ilmu pengetahuan tentang tugas-tugas sebagai anggota polis marin serta mengeratkan hubungan silaturrahim diantara warga sekolah dan pihak polis marin.
Menariknya, semua murid diberi peluang untuk melihat kronologi pencerobohan Kampung Tanduo sekaligus menghayati perjuangan para anggota keselamatan yang banyak berkorban untuk mempertahankan tanah air, khusunya daerah Lahad Datu.
Pengisian aktiviti sepanjang program adalah taklimat ringkas mengenai polis marin, sesi soal jawab bersama murid, membuat lawatan ke bot dan sesi penyampaian cenderahati oleh Guru Besar SRITI Tahfiz Lahad Datu, Ustaz Razik kepada YDH SUPT Rohizan Hj Mohamad Saaid.
Turut hadir menyertai lawatan tersebut, Ahli Majlis Daerah Kanizam Kamis.