Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Larian Pantai Ameerah mengumpuljan wanita muda DUN Batu Buruk beriadah disamping merapatkan ukhuwwah dalam kalangan kaum hawa.
Ketuanya, Norul Suhadah Abdul Wahab berkata, program ini diadakan secara berkala, sepanjang tahun.
“Program berkala ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membiasakan wanita muda dengan rutin bersenam, mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
“Di samping menjadikan alam semulajadi sebagai suatu terapi untuk diri sendiri,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.
Menurutnya, program yang diadakan pada kali ini tercapai objektif kerana peserta hadir merupakan orang baharu dalam jemaah.
Katanya, banyak perancangan yang dirancang untuk menarik anak-anak muda bersama Ameerah.
“Antara aktiviti-aktiviti yang menarik minat wanita muda seperti bowling, memanah, larian pantai, ladies space, kem jati diri,” katanya.
Justeru itu, dengan adanya program sebegini sekaligus mampu menjadi agen menyampaikan Islam dan maklumat yang benar kepada seluruh masyarakat setempat khususnya.
“Semoga dengan kebersamaan wanita muda DUN Batu Buruk dalam aktiviti- aktiviti mampu memberi kekuatan.
“Dan semangat buat jentera Ameerah untuk melangkah dengan lebih semangat seiring dengan kefahaman jelas, terus melaksanakan gerak kerja yang lebih tersusun dan produktif, ” ujar beliau.
Justeru itu, beliau berharap agar anak muda di DUN ini agar sentiasa mengikuti program yang dianjurkan selepas ini.
“Pelbagai program akan dihidangkan nanti, dan setiap acara ada pengisian serta output yang berbeza-beza.
“Semuanya berkisar tentang keperluan fizikal, intelek, mental, emosi dan spiritual wanita muda,” tambahnya lagi.
Oleh itu, Ameerah Fan Club DUN Batu Buruk dengan kerjasama NGO SWIIT telah merangka program susulan berkala yang akan dijalankan pada bulan Oktober 2023 – Larian Pantai 3.0.
“Kemudian November 2023 – Larian Pantai 4.0 disusuli Larian Virtual sepanjang musim hujan Disember 2023 dan Januari 2024.
“Dan akan berakhir dengan Larian Pantai Mega berupa Pertandingan Pecut Pantai pada bulan Februari 2024 nanti,” ujar beliau.