Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Sungai Besar | Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sungai Besar berkaitan dakwaan satu video yang tular melalui akaun Facebook ‘Sidang Kalam’ berhubung isu penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW.
Ketua Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar Ustaz Ahsani Takwim dalam satu kenyataannya menyebutkan “penghinaan terbabit disiarkan secara langsung di akaun Facebook Sidang Kalam pada 2/4/2021, jam 9.00 malam yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak mempunyai kemaluan, tidak mempunyai anak dan merupakan Tuhan atau Allah”.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar mahukan satu siasatan dan tindakan perlu diambil oleh pihak berkuasa dan penguatkuasa agama terhadap Suhaini Mohammad kerana menghina agama Islam, menyebarkan pemahaman bercanggah atau menyeleweng dengan agama Islam agar kegiatan merosakkan aqidah umat Islam ini dapat dibendung.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor