19 Oktober 2020 – Penduduk Kg Sri Delima dilanda kerisauan apabila semakin hari semakin banyak nyamuk yang aktif di kawasan mereka.
Tn Hj Hishamuddin Ghazali, Pengerusi MPP Sub Zon 3 Pekan Batu telah dihubungi oleh salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Tn Asraf yang ingin membuat aduan berkenaan hal yang berlaku di Batu 5, Jalan Ipoh ini.
Keaktifan nyamuk dilaporkan banyak terutama di bengkel berdekatan SMK Dato Ibrahim Yaacob dan sekitarnya, hal ini menambah kebimbangan penduduk berkenaan peningkatan kes Denggi.
Justeru, Tn Hj Ghazali telah memohon kepada pihak berautoriti melalui DBKL untuk membuat semburan kabus (fogging) khususnya di:
• SK Sri Delima dan sekitar
• SMK Dato Ibrahim Yaacob dan sekitar
• Perumahan Darul Kifayah dan sekitar
• Surau Darul Iqra dan sekitar
Selain itu pihak kami juga memohon agar semua premis perniagaan, premis kerajaan dan juga kediaman dipantau dari semasa ke semasa agar tidak menjadikan premis masing² tempat pembiakan nyamuk.
Sebarang aduan boleh disalurkan ke http://www.wasap.my/60193200481/AduanPekanBatu.