Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Langkah Awal Tangani Gejala LGBT Bermula daripada Institusi Kekeluargaan

296 views
SHARE

AYER KEROH: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia menegaskan program pendidikan dan kesedaran tentang gejala LGBT mesti diberikan perhatian terutama kepada ibu bapa dan guru-guru serta seluruh masyarakat amnya.

LGBT merupakan “fahisyah” iaitu perbuatan yang sangat hina, jadi tentulah kepada kita yang mempunyai tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk menjaga diri dan ahli keluarga dari menjadi bakaran api neraka.

Demikian peringatan YB Ustazah Nuridah Mohd Salleh ketika merasmikan program Memupuk Kesedaran Pendidikan dan Kekeluargaan dalam Menangani Gejala LGBT anjuran bersama Lajnah Pendidikan DMPM dan Lajnah Dakwah DMP serta NGO AMNA.

Beliau turut membacakan firman Allah S.W.T dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

“Setiap daripada peserta mestilah berazam untuk menjadi relawan dan kaki tangan yang aktif bagi menangani perkara yang dibenci oleh Allah S.W.T ini.

“Dan nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya; “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?,” ujarnya.

Di hujung ucapan, beliau berpesan agar ilmu yang diperoleh pada hari ini dapat disebarluas dan disampaikan kepada orang ramai agar kesedaran terhadap kesan LGBT ini dapat dipupuk dan akhirnya masalah LGBT dapat diatasi sedikit demi sedikit.