Lanchang Sejahtera l Menziarahi ketua kampung

846
SHARE

TEMERLOH – Pengerusi Lanchang sejahtera Saudara Hasan Omar bersama Ketua Urusan Ulama PAS Temerloh telah meluangkan sedikit masa untuk menziarahi Ketua Kampung yang juga Imam Masjid Kg Dala Lanchang, Ustaz Mat Ali.

Beliau dulunya aktif mengajar di masjid-masjid sekitar Lanchang. Namun kini, Ustaz Mat Ali telah terlantar hampir 4 bulan akibat dari serangan jantung dan strok dan memerlukan bantuan serta doa dari  kita semua.

Sama sama kita doakan supaya  Ustaz Mat Ali sabar dengan ujian ini dan diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini.