Home Artikel PAS Selangor

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah – Us Shafie Terima 51 Borang Keahlian Baru DHPP – DHPP & PAS Berpisah Tiada

286
SHARE

Jam 6 petang tadi, 30 Julai 2020, saya mewakili PAS Bangi menerima 51 lagi borang keahlian DHPP, melalui dua orang ahli aktif DHPP PAS Bangi, saudara Manickam dan saudara Sam. Kebanyakan permohonan baru ini datang daripada kawasan perumahan Taman West Country, Jalan Reko, Kajang.

Tahniah dan terima kasih DHPP Bangi yang menambah keahliannya. Jelas betapa masyarakat bukan Melayu sudah mula beralih angin. Sedikit demi sedikit menambah kepercayaan kepada PAS dan perjuangannya.

Mengenai DHPP :

Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) adalah sayap parti PAS. Sayap-sayap parti yang lain ialah Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Ramai juga yang bertanya apa maksud ‘dewan’? Ini bukan dewan orang ramai atau dewan serbaguna.

Dewan bermaksud suatu kementerian, suatu majlis atau suatu kumpulan. Perkataan dewan diambil daripada bahasa Arab, sementelah parti PAS itu sendiri dimulakan oleh para ulama yang hampir semua mereka berlatar belakangkan pendidikan Islam yang graduate dari negara Arab.

DHPP adalah sayap parti yang dianggotai oleh ahli PAS yang bukan Islam. Mereka bergerak sama seperti ahli PAS yang lain. Sama-sama berfikir cara PAS. Sama-sama bertindak cara PAS.

Mereka ada hak mengundi dalam mesyuarat agung dan Muktamar PAS, menjadi sebahagian daripada ahli mesyuarat parti dan boleh menjadi calon PAS.

Malah, melalui sistem pendidikan yang PAS ada, PAS mempunyai silibus khusus untuk ahli-ahli DHPP, gunanya adalah untuk memandu ahli-ahli DHPP supaya memahami Islam yang syumul, keperluan kepada kegiatan politik dan keperluan kepada penubuhan parti PAS dalam konteks politik Malaysia.

Hasil daripada itu semakin ramai ahli DHPP memahami Islam dan perjuangan PAS. Alhamdulillah.

Untuk tujuan rekod, ramai di antara ahli DHPP yang telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran tatkala PAS menjadi kerajaan negeri. Baru-baru ini pula Pengerusi DHPP Kebangsaan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).

Tahniah DHPP!

Benarlah, DHPP dan PAS berpisah tiada.

10 Zulhijjah 1441H | 31 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan