Home Artikel PAS Selangor

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor | Us Shafie Ngah – Tidak Sehelaipun Bulu Roma Mereka Gugur

453
SHARE

Ini adalah bukti, apabila Islam memimpin, tidak ada bulu roma mana-mana orang bukan Islam akan gugur, walaupun sehelai.

Apabila Islam memimpin, orang Islam selamat.
Apabila Islam memimpin, orang bukan Islampun selamat.
Apabila Islam memimpin, orang Melayu selamat.
Apabila Islam memimpin, orang bukan Melayupun selamat.

Inilah yang dimaksudkan sebagai ‘ketuanan Islam’. Sama ertinya dengan kepemimpinan Islam. Dan inilah juga yang dimaksudkan sebagai ‘ketuanan Melayu’, yang acuannya harus dibaca dalam konteks Tanah Melayu. Iaitu kepemimpinan Islam.

Muafakat Nasional punyai rujukan dalam menentukan landasan perjalanannya. Rujukannya adalah al-Quran dan as-Sunnah. Rujukannya adalah Islam dan dasar-dasarnya. Tidak ada yang lain. Ini dicatat dan dimeterai dalam Piagam Muafakat Nasional yang ditandatangani oleh PAS dan UMNO di PWTC pada bulan September 2019 yang lalu.

Piagam adalah suatu perjanjian. Piagam adalah suatu tekad.

Apabila Muafakat Nasional memimpin negara kelak, insyaAllah, Muafakat Nasional akan kekal begitu, menjadikan al-Quran an as-Sunnah sebagai rujukan utama.

Kemudian daripada itu, pergerakan (movement) Muafakat Nasional akan berpaksikan Perlembagaan Persekutuan. Itupun adalah kekal.

Justeru, apabila Muafakat Nasional bergerak untuk memimpin negara, Muafakat Nasional bercita-cita mahu memimpin negara dengan kepemimpinan Islam, menurut lunas-lunas demokrasi, berasaskan Perlembagaan Persekutuan.

Jadi, apa masalahnya?

Masalahnya ialah musuh-musuh Muafakat Nasional cuba menanam kebencian terhadap Muafakat Nasional dengan dakwaan bahawa Muafakat Nasional akan melahirkan ‘Ketuanan Melayu’ dan/atau ‘Ketuanan Islam’.

Kata mereka, ‘Ketuanan Melayu’ akan menjadikan orang bukan Melayu sebagai hamba, dan ‘Ketuanan Islam’ pula akan menjadikan orang bukan Islam sebagai warga kelas dua.

Mengarut!

Sebab itu Muafakat Nasional mahu menjadikan bukti, bahawa di sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah; tidak ada bulu roma mana-mana orang bukan Islam sudah gugur, walaupun sehelai, hasil daripada kepemimpinan Islam.

Dan Barisan Nasional mahu menjadikan bukti, bahawa di sepanjang pemerintahan mereka, tidak ada bulu roma mana-mana orang bukan Islam sudah gugur, walaupun sehelai, hasil daripada kepemimpinan Melayu.

Dan PAS bertekad mahu bersama Muafakat Nasional demi membentuk kepemimpinan Islam di Tanah Melayu ini, demi kesejahteraan semua.

Apabila Islam memimpin tidak ada bulu roma mana-mana orang bukan Islam akan gugur, walaupun sehelai. Percayalah!

Muafakat Nasional, Muafakat Rakyat.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

17 Zulhijjah 1441H | 7 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan