Home Artikel PAS Selangor

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor | Us Shafie Ngah – Serupa Tapi Tak Sama

305
SHARE

Kawan saya dan saya pernah tangkap seorang ‘kaki masjid’ dalam dusun durian ketika dia sedang mencuri durian.

Pernah juga kami tangkap seorang kaki botol semasa beliau melakukan aktiviti yang sama.

Dan…

Satu kejadian lagi, kami pernah tangkap seorang bekas calon pilihanraya dalam PRU14, yang berperangai serupa!

Serupa tapi tak sama.

Sekalipun pengalaman kami pernah menangkap & melepaskan (catch & release) pencuri-pencuri yang disebutkan di atas, kami perlu rasional.

Kami tidak wajar menyamakan semua yang lain (‘kaki masjid’, kaki botol & calon pru14) adalah pencuri.

Ini kerana kesalahan-kesalahan (wrong doing) yang bersifat individu adalah kekal sifatnya sebagai individu.

Menyamakan semua orang yang berada dalam kelompok yang serupa adalah tidak betul, tidak wajar dan tidak beretika.

Itu ajaran agama. Itu juga panduan kemanusiaan.

Justeru, jom kita kembali kepada asas agama & kemanusiaan. Semua warga kita adalah baik, melainkan ada beberapa orang yang tidak baik.

Yang baik harus dihargai. Yang tidak baik harus diajari.

Setuju?

Gambar Hiasan : Masjid Bukit Aman

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

22 Zulhijjah 1441H | 12 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan