Orang sakit, orang susah dan OKU perlu terus dibantu. Sudah tentu di sepanjang hidup kita akan bertemu dengan golongan yang memerlukan bantuan. Situasi ini akan sentiasa ada sampai bila-bila walau bagaimana maju pun masarakat dan negara kita.
Siapakah mereka? Di antara mereka adalah orang sakit, orang susah dan OKU.
Siapakah yang perlu membantu? Orang sihat, orang senang dan orang yang sempurna. Malah pihak kerajaan yang ‘ada perasaan’ turut bertanggungjawab menyantuni mereka dan memenuhi keperluan mereka.
Kesedaran untuk membantu mereka yang bekeperluan bukan perkara baru. Malah rasa kebertanggungjawaban ahli masyarakat kita pun sudah agak tinggi. Gerakan NGO pula sentiasa marak dengan misi-misi bantuan. Alhamdulillah.
Moga usaha semua pihak akan diberkati Allah.
Alangkah gembiranya kita sekiranya kerja-kerja kebajikan seumpama ini terus subur dan dibuat tanpa kenal penat. Tentu kita (masyarakat dan negara kita) semakin hampir dengan “Baldatun tayyyibatun Wa Rabbun Ghafuur.”
Ameen.
Ustaz Shafie Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor
20 Zulhijjah 1441H | 10 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan