Kenyataan itu betul, tetapi jangan meletakkan semua orang Melayu makan rasuah. Orang bukan Melayu tak ada yang rasuah? Ada kan? Tetapi tidak betul jika meletakkan semua orang bukan Melayu sebagai perasuah.
Menerima rasuah tidak akan wujud jika tidak ada pemberi rasuah. Pepatah Melayu menyebut bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi begitulah juga dengan rasuah. Jika tiada pemberi maka tiadalah penerimanya.
Perasuah dari bangsa manapun dia harus di heret ke mahkamah. Itu hal rasuah, bagaimana pula dengan diskriminasi yang berlaku berasaskan kaum? Diskriminasi maksudnya pilih kasih. Memilih untuk memberi kasih kepada orang-orang tertentu sahaja tidak kepada semua.
Diskriminasi hanya dengan tindakan satu pihak ke atas pihak yang lain bukan dua pihak sebagaimana rasuah. Contoh macam ni apabila orang Melayu membeli barang di kedai Cina harganya lain dan apabila orang Cina membeli barang di kedai yang sama harganya lain pula. Itu bukan pilih kasih ke namanya?
Pernah di lihat apabila anak Melayu belajar disekolah Cina, cuba perhatikan guru-guru berbangsa Cina memberikan perhatian kepada anak Melayu memang berbeza jika dibandingkan tidak sama perhatian yang guru-guru ini berikan kepada bangsanya sendiri. Itu bukan pilih kasih namanya?
Apabila orang Melayu mahu mendapatkan haknya sendiri, di tanah airnya sendiri, itu pilih kasihkah namanya?
Sekolah Cina.
Sekolah Cina, mengapa perlu diteruskan? Sekolah seperti ini, jika tidakpun menjadi sarang ideologi komunis, setidak-tidaknya ia menjadi penghalang kepada perpaduan. Menghalang integrasi nasional.
Cukup-cukuplah berselindung dengan pelbagai alasan dan macam – macam lagi. Sekolah khas untuk bangsa Cina tidak ada di negara lain, waimma di negara maju ataupun di negara tidak maju.
Cukuplah.
Cukuplah si Melayu menghina bangsanya sendiri. Si Cina tidak pernah menghina bangsanya sendiri.
Malaysia perlu terus maju tanpa rasuah, maju tanpa diskriminasi kaum dan maju tanpa pengasingan bangsa dalam pendidikan.
7 Zulhijjah 1441H | 28 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan