Home Berita PAS Selangor

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah – Mutiara Kata : Perjuangan Agama Akan Di Bantu Oleh Lelaki “Fajir”

1587
SHARE

“…..dan (nanti) Allah akan membantu agama ini melalui lelaki yang fajir (jahat). ” -Hadith saheh riwayat Imam al-Bukhari.

Ada juga riwayat saheh yang lain, dibawa oleh an-Nasa’i bahawa Rasulullah SAW bersabda; “…dan (nanti) Allah akan membantu agama ini melalui kumpulan-kumpulan orang yang tiada akhlaq.”

Untuk memahami maksud hadith-hadith ini, Imam Ibn Taimiyyah* membawa kes perlantikan Khalid al-Walid oleh Rasulullah SAW sebagai panglima perang.

Ke-fajir-an Khalid al-Walid sudah dimaklumi justeru beliaulah yang mengepalai tentera musyrik Makkah yang mengacau bilaukan tentera pimpinan Rasulullah SAW dalam perang Uhud.

Bukan itu saja, pada zaman Islamnya pun fajir-nya perangai Khalid kadang-kadang mendukacitakan Rasulullah SAW. Pernah Rasulullah SAW menadah tangan ke langit, berdoa; “ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu supaya dibersihkan daripada apa yang dilakukan oleh Khalid” kerana tak tahan dengan perangai Khalid.

Namun Khalid seorang yang hebat.

Kehebatan kepemimpinan Khalid dalam peperangan serta kecerdikannya menyusun strategi menjadikan Khalid al-Walid sentiasa kehadapan dalam setiap misi peperangan. Malah dalam menghadapi dua kuasa besar, Rom dan Parsi pun beliau menjadi komander yang berjaya menundukkan dua kuasa besar itu.

Tidak hairanlah, Khalid digelar ‘Pedang Allah’.

Itulah Khalid al-Walid. Watak yang huduh dari sudut akhlaq perangainya, tetapi kental dan kukuh dari sudut mempertahankan negara dan agama.

Contoh ini menunjukkan betapa lelaki yang fajir masih diberi kedudukan apabila tenaga dan buah fikirannya bisa menyumbang kepada agama dan negara.

Malah tidak keterlaluan jika dipertegaskan bahawa dalam tugasan-tugasan tertentu lelaki yang fajir lebih layak dipilih berbanding lelaki yang alim lagi warak.

Wallahu a’lam.

*شرح السياسة الشرعية في اصلاح الراعي والرعية

6 Zulhijjah 1441H | 27 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan