Pimpinlah para remaja keluar daripada kurungan rumah mereka, minda dan fizikal. Jika tidak, mereka akan bertindak keluar sendiri tanpa panduan orang dewasa.
Para remaja punyai cara berfikir sendiri, sesuai dengan zaman tumbesaran mereka. Suka atau tidak suka itulah realitinya. Cara mereka berfikir, cara mereka berkomunikasi, cara mereka mengendali diri dan cara mereka menafsir fakta tidak sama dengan cara orang dewasa, apatah lagi orang lama (jangan marah ya orang lama).
Teliti sendiri bahasa mereka sebagai contoh. “Bodoh ko Mat”, “Bapak aku macam bangang”, “Bergetar rahim aku first time jumpa balak tu”, dan macam-macam lagi. Ada sama macam bahasa orang lama? Tak sama kan?
Membawa keluar para remaja dengan panduan orang dewasa bukan bererti mengongkong pergerakan anak muda, sebaliknya memberi idea bagaimana menempa masa depan.
Justeru membawa keluar para remaja daripada kehidupan mereka sendiri itu penting, untuk membuka minda mereka secara live – melihat, merasai dan menilai sendiri kehidupan sebenar. Kehidupan di luar tidak sama dengan kehidupan yang mereka impikan.
Para remaja harus dibantu mempersiapkan diri untuk memimpin masyakarat, memimpin negara dimasa depan.
BANGI.
Masyarakat Bangi kaya dengan para remaja. Tengok sahaja di sekolah-sekolah rendah dan menengah penuh sesak. Mereka adalah masyarakat di masa depan. Mereka adalah penempa sejarah di masa depan. Mereka adalah pemimpin negara masa depan.
Masa depan itu tidak jauh di hadapan. Bahkan, dekat. Lihat sendiri umur anda, begitu cepat ianya meningkat, kan? Itulah bukti betapa dekatnya masa depan, khususnya apabila menyebut tentang para remaja kita.
Bolehkah saya katakan, di Bangi ini aktiviti-aktiviti membawa keluar para remaja daripada kepompong mereka hampir tidak ada?
Dalam hal remaja ini, apa agaknya agenda wakil rakyat kita?
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor