KUALA LUMPUR, 29 September 2017 – Lajnah Kebajikan PAS Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Tuan Haji Baker bersama Skuad Prihatin WP telah menziarahi dan memberikan sumbangan kepada beberapa orang warga kota. Antaranya ialah ;
1. Menziarahi Sdr Zaki Harun (AJK PAS Kawasan Titiwangsa) yang telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami Liver Infection.
2. Menyampaikan sumbangan kepada waris mangsa-mangsa yang tercedera dalam kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah.
– Puan Hermayan, ibu kepada Adik Indra Kurniawan tahun, terbakar 20% dan patah kaki sebelah kiri.
– Puan Fatimah, ibu kepada Adik Zunnun Misri 13 tahun, terbakar 20%
– Sdr Sharifuddin, bapa kepad Adik Muhammad Shahir 11 tahun, terbakar 23%.
Pada 30 September 2017, Skuad Prihatin WP menziarahi Allahyarham Sdr Hamdan Bakri (48 tahun) yang merupakan adik ipar kepada Sdr Hashim Zakaria (SU Kawasan Kepong). Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 5, Jalan Ipoh.
Lajnah Kebajikan juga telah menyampaikan sumbangan daripada LKKPP dan PAS WP kepada Sdr Supian bin Mat antara orang awam yang membantu menyelamatkan pelajar-pelajar tahfiz semasa berlakunya kebakaran dan menyebabkan sedikit kecederaan pada dirinya. Semoga Allah membalas jasa baik beliau.
1 Oktober 2017, Program sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran diteruskan dengan menziarahi adik Adib Baqir Mohd Khalid 14 tahun yang tinggal di Bukit Sentosa Rawang bersama ibunya yang merupakan ibu tunggal. Beliau yang baru 2 bulan belajar di tahfiz tersebut mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan.
Pada sebelah petangnya, Lajnah Kebajikan telah menziarahi Sdr Syed Abu Bakar, 59 tahun yang merupakan ahli PAS Kawasan Titiwangsa dan bapa kepada Sdr Syed Abdul Rahman (Unit Amal Bukit Bintang) disebabkan kemalangan jalanraya di Jalan Lok Yu KL.
Pihak PAS Wilayah Persekutuan mendoakan semoga mereka yang terlibat diberikan kesembuhan oleh Allah SWT dan seterusnya dapat berkhidmat seperti biasa dan melaksanakan tugas-tugas sebagai hamba kepada Allah.