Home Artikel PAS Wilayah

Lajnah Kebajikan PAS Batu Sampaikan Sumbangan pada Bakal Haji

42 views
SHARE

BATU, 23 Julai – Dalam kesibukan musim haji tidak lama lagi, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Batu telah mengambil inisiatif untuk berkunjung ke rumah ahli PAS yang bakal menunaikan Rukun Islam kelima itu, semalam.

Ketua lajnah tersebut, Ustaz Abd Kadir bin Manap dan Encik Mohd Rosli bin Md Yatim, Ketua Lajnah Dakwah PAS Kawasan Batu telah menziarahi Pak Cik Othman bin Mohd Saleh yang bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama isterinya pada hari Sabtu 27 Julai 2019 nanti.

Di samping merapatkan silaturrahim dan bertanya khabar, wakil PAS Batu itu juga turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai RM200, bekalan makanan dan kain ihram yang ditaja oleh Syarikat TH Travel kepada Pak Cik Othman.

Beliau yang ditemui di rumahnya di Sentul menzahirkan rasa gembira dan terharu atas kunjungan dan sumbangan yang disampaikan. Pak Cik Othman dan isteri juga turut menyatakan keterujaan kerana bakal menunaikan haji buat pertama kali tahun ini.

Kami di PAS Batu mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali serta didoakan semoga mereka dikurniakan haji yang mabrur. InsyaAllah.