Home Berita PAS Sabah

Lajnah Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan PAS Sabah Kerjasama dengan MARDI lahirkan usahawan tempatan

208
SHARE

Oleh : ANNA TAN
16 Mei 2022

KENINGAU : Lajnah Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan (LEPU) PAS Negeri Sabah bekerjasama dengan MARDI melahirkan usahawan dengan menganjurkan Kursus Hands-on Pemprosesan Sos, Jem Dan Minuman Berasaskan Buah-Buahan selama sehari setengah bertempat di Seri Tahfiz Al-Ilmi, di sini.

Pengarah program,  Zulkifli Bin Awang berkata Sabah kaya dengan hasil semula jadi serta mempunyai bahan-bahan keluaran pertanian yang sangat banyak boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk berasaskan makanan.


“ Matlamat kursus ini diadakan adalah agar para peserta dapat menghasilkan produk yang boleh di pasarkan kepada orang ramai,” Katanya.


Kursus yang diadakan pada 14 dan 15 Mei itu telah dirasmikan  oleh Pengerusi LEPU PAS Negeri Sabah, Abdul Hisham Othman, Yang dipertua PAS Kawasan Keningau.

Dalam ucapan perasmian, Abdul Hisham menyatakan bahawa tujuan kursus tersebut diadakan adalah untuk melahirkan usahawan-usahawan tempatan yang dapat menghasilkan produk berasaskan buah-buahan tempatan.

“Saya telah berbincang dengan pegawai MARDI agar kursus yang diadakan bersifat dekat dengan rakyat dengan menggunakan peralatan yang mudah di dapat di dapur.

“ Semasa saya berbual  dengan para peserta, mereka sangat bersemangat dan menyatakan akan menghasilakn produk apabila balik ke tempat masing-masing,”.


Abdul Hisham terut menyatakan bahawa LEPU PAS Sabah  telah merancang  pelbagai bentuk kursus dengan pihak MARDI dan akan dikembangkan  ke Kawasan-kawasan lain seluruh Sabah.

Ketua Pegawai Penyelidikan Bahagian Makanan , MARDI Sabah, Afni Binti Ali,  Ketua tenaga pengajar kursus  menyatakan rasa kegembiraan melihat komitmen dan Kerjasama serta semangat yang ditunjukkan  oleh para peserta.

Salah seorang peserta dari P182 Pensiangan, Mohamad Ridzuan Giging, 56, menyatakan kursus hands-on tersebut amat sesuai untuk Kawasan pendalaman kerana produk tersebut masih tidak terdapat di Kawasan pendalaman.

Ridzuan turut menyatakan harapan  agar para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang di dapat.

Lina Binti Turongau, 39 tahun, wakil daripada DHPP Keningau turut menyatakan rasa  terima kasih kepada pihak penganjur kerana atas penganjuran kursus tersebut.

Seramai 30 peserta dari Tawau , Kota Belud, Pensiangan dan Keningau telah menghadiri kursus selama sehari setengah ini.