Home Berita PAS Perak

Lajnah Dakwah meneruskan kempen solidariti dan kutipan derma Palestin

119
SHARE

Oleh: Abou Insyirah

MALIM NAWAR, 15 Oktober – Hari ini masuk hari ke tujuh konflik yang berlaku di Gaza. Tatkala saudara kita berhadapan dengan ancaman dan kekejaman yang boleh meragut nyawa mereka, kita masih dikurniakan nikmat keselesaan menjalani kehidupan.

Atas kesedaran itu, Lajnah Dakwah PAS Kawasan Kampar telah melancarkan Program Solidariti dan Kutipan Infaq buat Palestin di Pasar Pagi Malim Nawar hari ini.

Program berkonsepkan membeli sambil beramal buat para pengunjung pasar pagi di mana mereka boleh memberi infaq kepada tabung yang disediakan

Selain dari membuka booth, pihak penganjur membuat gimik memijak bendera Zioni Israel.

Para pimpinan PAS Kawasan Kampar turut hadir bersama- sama Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Ustaz Sofian Rejab untuk memeriahkan lagi program.