DUNGUN – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah medan untuk melahirkan para pelajar, generasi mesa depan yang kental menghadapi cabaran.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, dalam suasana pelbagai tantangan kini, negara akan menghadapi fenomena lebih hebat masa hadapan.
“Maka pendidikan pra-persekolahan PASTI inilah yang akan menjadi platform yang kita yakin akan melahirkan pemuda pemudi yang akan melahirkan generasi yang beramal soleh,
“mereka mampu untuk menjaga diri mereka sendiri sehingga boleh untuk menjadi hamba yang beriman dan bertakwa kepada Allah,” ujarnya lagi.
Ketua Pemuda PAS Dungun itu berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Negeri Terengganu 2023 di Padang Arena Merdeka di sini semalam.
Kejohanan tersebut menoktahkan pasukan PASTI Marang mengungguli pertandingan, dinobatkan sebagai juara keseluruhan setelah menggondol kemenangan sebagai johan bola sepak dan tempat ketiga bola jaring.
Pegawai Urusetia Program, Nurul Izzati Mat Rudin berkata, pasukan bola sepak PASTI Marang telah mengalahkan Kuala Terengganu 3-0, manakala bola jaring, Hulu Terengganu telah keluar sebagai Johan setelah mengalahkan tuan rumah, Dungun.
“Manakala Adik Mohamad Samir Nasri Mohamad Ashari yang Bola Sepak Marang telah diumumkan sebagai Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak.” katanya ketika ditemui.
Menurutnya lagi, Adik Nur Raiqa Imanina Rusli dari Hulu Terengganu dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bola Jaring.
” Dan Adik Nur Naila Akifi Zakaria telah diangkat menjadi Penjaring Terbanyak Bola Jaring di kejohanan yang melibatkan lapan kawasan itu,” jelasnya.