Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Langat
Oleh : Umar Al-Hayawi
BANTING, 18 Ogos – PAS Kawasan Kuala Langat menerusi Khidmat Malaysia Kuala Langat menerukan lagi usaha dan gerak kerja mereka membantu para petugas barisan hadapan khususnya di Hospital Banting.
Pengerusi Khidmat Malaysia Kuala Langat, Cikgu Hamdan Sapar yang juga merupakan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Banting bersama Ketua Pemuda PAS Kuala Langat, Ust Hanif Jamaluddin telah menyampaikan bantuan keperluan ke Hospital Banting.
Sumbangan bantuan keperluan yang berbentuk PPE (300 set Coverrall), 250 set ‘Face Shield’, 300 set ‘Hood Cover & Boot Cover’ dan 2 Kotak Mask 3M, hasil sumbangan daripada orang ramai, telah diserahkan kepada pihak hospital.
Sumbangan tersebut diterima oleh Puan Syahida dan Sister Wana di lobi Hospital Banting. Semoga sumbangan ini dapat mempermudahkan segala urusan pihak hospital. “Teruskan usaha dan ikhtiar kita serta doa agar wabak ini segera diangkat”, seru PAS Kuala Langat.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor