Penulis : Emizarina
PERMATANG PAUH | 19 NOV 2017 | AHAD
Buat julung kalinya majlis makan malam “Ladies’ Night DMPKPP 2017” anjuran Lajnah Kesenian & Kebudayaan Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh (DMPKPP) telah terlaksana dengan jayanya dan penuh warna-warni di Dewan An Nahdhoh bermula jam 9.00 malam.
Program ini diadakan bagi mengumpulkan seluruh muslimat PAS Permatang Pauh di dalam majlis yang santai , di samping mencungkil bakat kesenian di kalangan muslimat.
Hidangan juadah makanan yang lazat lagi menyelerakan adalah hasil air tangan beberapa orang AJK DMPKPP khas untuk tetamu-tetamu majlis. Lebih membanggakan, kehadiran tetamu menghampiri 100 orang yang datang dari kalangan Muslimat Muda dan Muslimat Cawangan seluruh Permatang Pauh.
Majlis diserikan dengan pelbagai bentuk persembahan dari AJK Muslimat Kawasan, Muslimat Muda PAS Ameerah dan Muslimat Cawangan. Di antaranya persembahan dikir barat, pentomin, sajak, nyanyian dan bercerita.
Setiap persembahan disampaikan dengan santai tetapi penuh pengajaran dan nasihat untuk pejuang muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh.
Anugerah Muslimat Istiqamah telah dianugerahkan kepada Pn. Kholiah Desa yang lebih dikenali sebagai “Mak Besaq”. Beliau merupakan muslimat paling “senior” tetapi tetap bersemangat hadir setiap program PAS walau di usia emas.
Ketua Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang, Ustazah Hasanah Idrus turut hadir sebagai tetamu VIP untuk bersama-sama memeriahkan majlis.
Sepanjang majlis berlangsung, dapat dirasakan tautan ukhwah yang amat erat sesama tetamu yang hadir. Semoga kemesraan dan kekuatan ukhwah ini menjadikan gerakerja muslimat PAS Kawasan semakin lancar dan rancak.