Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kapar | Perang Dunia pertama dan kedua kesemua negara yang terlibat mengalami kerosakan infrastuktur yang teruk, inflasi akibat kekurangan bekalan makanan, ekonomi terjejas dan dibebani hutang. Kini bumi Aqsa kita diserang oleh Rejim Zionis dan saudara kita disana memerlukan bantuan.
YDP PAS Kapar Us Noor Najhan Mohd Salleh ketika dihubungi memaklumkan pada jam 7.00 pagi hari ini genjatan senjata telah diperkuatkuasaan. Kini pasca perang memerlukan dana yang tinggi untuk memperbaiki segala fasiliti-fasiliti negara yang telah musnah akibat dibedil bom oleh Rejim Zionis.
Menurut beliau lagi, “perjuangan rakyat Palestin masih berterusan. Kerosakan & kemusnahan tidak tergambar di mata kita. Jumlah terkumpul semasa RM90,000.00. Ayuh! Teruskan menyumbang untuk penyerahan Fasa ke-2”.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor