Home Berita PAS Selangor

Kutipan sumbangan kepada yang terjejas akibat PKP – Muslimat PAS Negeri Selangor

125
SHARE

May be an image of text that says "JAINAH KEBAJIKAN& KEMASYARAKATAN DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SELANGOR Omalmat SKUAD PRIHATIN TABUNG SUMBANGAN COVID19 UNTUK PETUGAS BARISAN HADAPAN DAN MEREKA YANG TERJEJAS BANK ISLAM SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KEPADA 12083010031760 DANA KEBAJIKAN MUSLIMAT SELANGOR Sertakan info sumbangan beserta bukfi transaksi kepada 013 330 8107 Pn Mazni) 0115 696 2350 Cik Natasha) OR esang muslimat MUSLIMAT NEGERI Shuad PRIHATIN MALAYSEA SKUAD PRINATIN DMPNS"

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selangor | Sudah lebih satu tahun sejak negara dilanda virus Covid-19. Ekonomi negara telah terjejas dengan teruk. Impak ini juga terkesan kepada peniaga-peniaga kecil, buruh harian, pekerja kilang dan sebagainya. Akibat kes Covid-19 baru-baru ini yang meningkat secara mendadak, kerajaan telah mengambil inisiatif PKP secara menyeluruh di negeri Selangor yang mencatat angka kes tertinggi harian.

Peningkatan mendadak kes Covid-19 di Selangor membimbangkan. Data terkini setakat 20 Mei 2021 adalah sebanyak 2,277 kes harian. Jika benar PKP Menyeluruh dilaksanakan di Selangor, semua sektor dihentikan kecuali sektor kesihatan sahaja. Aktiviti ekonomi rakyat akan terjejas teruk lebih-lebih lagi peniaga kecil dan pekerja gaji harian.

Oleh itu, sumbangan anda sangat-sangat diperlukan buat masa singkat ini agar bantuan dapat disalurkan dengan pantas kepada mereka yang terjejas teruk.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor